CUCUMBER ICE CUBE



Percaya atau tidak, sudah hampir 2 tahun saya mula menggunakan tomato dan timun untuk merawat kulit wajah. Bila ingat kembali pada tahun 2015, wajah saya diserang masalah jerawat yang sangat kronik. Memang seram nak kenang keadaan masa tu.
.
.
Pada tahun tersebut jugalah saya mula menggunakan serum untuk membaiki kulit wajah. First time kot serius beli dan guna skincare. Start dari situ juga dah belajar jual skincare apabila manfaatnya kita dapat. Dapat manfaat, sharing pada orang lain, dapat income sampingan. Best best!
.
.
Ok, berbalik pada topik ais kiub. Pada mulanya saya just parut timun atau tomato dan sapukan ke wajah setiap kali balik kerja. Memang terasa sedang 'mujahadah' dan leceh sebab kena parut terlebih dahulu setiap kali nak pakai.
.
.
Hinggalah satu hari tu ternampak tips dari Puan Mary Anni di fb beliau yang menggunakan method yang lebih senang dan sesuai dengan kemalasan saya nak merawat wajah yang berjerawat iaitu blend dan jadikan ais kiub! Wah!
.
.
Pada mulanya saya just guna ais kiub tomato, lama-lama terlahir inovasi dan kreativiti iaitu dengan timun sekali saya blend dan buat jadikan ais kiub. Jadi sekarang ni, saya selang selikan sapu ais kiub tomato dan ais kiub timun untuk merawat wajah secara natural. Nak tengok rupa ais kiub timun boleh tengok gambar di bawah saya snap petang tadi.


.
.
Biasanya saya sapu ais kiub timun/tomato ni apabila balik dari bekerja. Amik masa sekitar 30 minit dan kemudian bersihkan muka.
.
.
Hingga sekarang saya masih konsisten, 1x seminggu atau 2x seminggu mengikut kerajinan. Kadang-kadang dalam sebulan langsung tak buat punnnn. Haha!
.
.
Moga-moga saya sentiasa rajin supaya cepat-cepat wajah jadi ploless. Hehe. Selain dari guna timun dan tomato, sekarang ni of course lah saya gunakan Dermasgs Skincare. Alhamdulillah produk tersebut serasi dengan wajah saya.
Boleh baca tentang produk ni di sini juga Petua Kecantikan
.
.
Kat bawah ni saya Google dan ringkaskan manfaat timun dalam penjagaan kulit wajah.

Antaranya :

+ menyegarkan kulit
+ mencegah kedutan
+ menganjalkan kulit
+ mengecilkan saiz pori-pori
+ menjadikan kulit lebih licin
+ mengurangkan parut dan cela pada kulit
+ merawat dan mencegah jerawat
+ melambatkan proses penuaan
.
.
Itu jer saya nak share malam ini. Semoga bermanfaat!

Yang Sedang Belajar,
S.U.F.I

#DermagsForBeauty
#TipsKecantikan
#BrainWave

Comments