PRODUCT REVIEW - DERMAGS

DERMAGS SKINCARE PRODUK BERTARAF DUNIA HASIL KELUARAN ANAK TEMPATAN
.
.
DerMAGs™ merupakan projek PhD oleh pengasasnya iaitu Dr Mariani Abd Hamid. Sepanjang proses penyelidikannya beliau telah menerima biasiswa penuh dari 2 universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan University of Seoul.
.
.
Bermula dari kajian itu, DerMAGs telah memenangi pelbagai anugerah inovasi dari dalam dan luar negara yang menyebabkan produk ini mendapat kepercayaan yang kukuh dari pengguna. Keberkesanan produk dalam merealisasikan wajah cantik sempurna turut menjadikan produk ini menjadi pilihan pertama para wanita yang inginkan kecantikan secara natural dan selamat.
.
.
Siapa sangka, ekstrak kulit manggis menjadi salah satu formulasi penting dalam menghasilkan produk kosmetik ini. Kulit manggis yang mengandungi pelbagai zat seperti xanthone, alpha mangosteen, beta mangosteen, antosianin, dan lain-lain sememangnya diperakui tinggi anti oksidan.
.
.
Elemen ini menjadi bahan aktif dalam membentuk sistem kekebalan tubuh, anti inflamasi, anti bakteria, termasuk berguna untuk kecantikan dan lain-lain manfaat lagi.
.
.
Dr Mariani semasa pengajian PhD di Universiti Dongguk, Korea telah melakukan kajian terperinci dan spesifik semua elemen dalam buah manggis sekaligus menguji keberkesanan buah manggis terhadap kulit manusia.
.
.
Telah terbukti, hanya satu sahaja komponen iaitu ‘Alpha Mangosteen ‘sebagai satu penemuan bterbaru kandungan bahan aktif berguna dalam kosmeseutikal

Kandungan Alpha-MAGs yang telah dipatenkan bertindak sebagai bahan aktif untuk pencerahan tona kulit tidak sekata, anti penuaan, meningkatkan kolagen dalam sel kulit dan berupaya merawat pelbagai masalah kulit wajah.
.
.
Terdiri dari 5 produk utama iaitu Dermags Intensive Brightening Serum, DERMAGs Intensive Refining Cream, DERMAGS Intensive Brightening Skin Softener, DERMAGs Intensive Brightening Cleanser dan DERMAGS BB Cushion SPF50 PA+++ menjadikan produk penjagaan kulit wajah ini adalah sempurna untuk anda wanita yang inginkan kecantikan.
.
.
DERMAGS tidak menjanjikan kecantikan segera dan pantas. Anda boleh mencuba dan rasai sendiri keberkesanan produk ini untuk kelihatan cantik secara alami.
.
.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang Dermags Skincare boleh terus lawati page Dermags For Beauty atau https://dermagsforbeauty.blogspot.my/.
.
Boleh juga WhatsApp wakil kami untuk maklumat lanjut :

Comments