5 Manfaat Bunga Saffron Untuk Kecantikan Kulit



Selain manfaat dari segi kesihatan, Saffron sangat terkenal di Korea dalam bidang kecantikan. Harganya memang mahal hampir setara dengan harga emas. Di negara kita, penggunaan Saffron di dalam kosmetik masih belum meluas.
.
.
Jika anda ingin mencantikkan kulit wajah, Saffron boleh dijadikan sebagai masker yang kemudiannya akan dioleskan ke wajah. Pernah gunakan timun dan tomato sebagai masker di wajah? Begitulah juga cara memanfaatkan kelebihan Saffron ini.
.
.
.
.
Menurut sumber laman  boldsky.com, saya merumuskan ada 5 manfaat Saffron bagi kecantikan wajah dan kulit iaitu :
.
.
1. Menghilangkan bekas jerawat
Saffron memiliki sifat antimikrob yang dapat membuang sel-sel kulit mati. Buatlah masker dari campuran saffron, air mawar dan daun selasih. Oleskan masker ke seluruh wajah dan kemudian bilas dengan air sejuk. Teruskan mengulangi langkah ini secara berterusan dan ini akan membuat semua bekas jerawat hilang secara berberpingkat.
.
.
2. Mengurangi pigmentasi
Saffron juga dapat digunakan untuk mengurangi pigmentasi. Campurkan beberapa helai saffron dengan kunyit (yang dikisar) dan sedikit susu. Kunyit, yang juga merupakan bahan pemutih kulit akan bekerjasama dengan saffron untuk mengurangi pigmentasi.Pastikan anda mengaplikasikannya masker ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang baik.
.
.
3. Melembutkan kulit
Anda pasti pernah melihat iklan krim yang mengandung saffron sebagai bahan untuk melembutkan kulit. Ok, sekarang anda dapat membuatnya sendiri di rumah. Caranya ambil segenggam saffron dan campurkan dengan susu hingga menjadi masker. Gunakan setiap hari InsyaAllah anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
.
.
4. Mencerahkan kulit
Untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya, campurkan beberapa helai saffron dan air mawar. Oleskan pada wajah anda dan bersihkan untuk membuat kulit bersinar secara alami.
.
.
5. Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata
Campur air mawar, saffron, gula dan minyak kelapa lalu oleskan pada kawasan bawah mata. Biarkan selama beberapa minit. Cara ini akan menyegarkan kawasan yang hitam di bawah mata dan sekaligus mengurangkan kesannya.

Comments

  1. Saya baru beli Saffron keluaran Yusuf taiyoob.
    Balik test..half ori half fake.
    Yg ori stigma bunga tu fresh coler merah dan tak mengembang. Yg fake tu jadi coler kuning cair and mengembang. Bila rendam obviously we can see the different. This will be the 1st and last nak beli jenama ni.

    ReplyDelete

Post a Comment