Disebabkan Keistimewaan Produk Ini, Saya Beranikan Diri Mencubanya Sendiri


Pengalaman Diri Sendiri Menggunakan Dermags

.
.
Pejam celik pejam celik sudah 2 minggu saya mencuba Cleanser dan BB Cushion dari Dermags Skincare ini.
.
.
Perasaan mula-mula nak tukar produk ni memang cuak juga. Tambah-tambah kulit wajah saya baru sahaja setahun recover dari masalah jerawat yang teruk dan sekarang sedang berusaha untuk menghilangkan parut. Saya risau jika tukar produk yang lain, kulit wajah akan mengalami reaksi teruk.
.
.
Oleh kerana tertarik dan curious dengan 'keunikan' produk ni, yelah kan, siap research makan kos juta-juta dan dapat kerjasama dari pakar kosmetik di Korea, saya pun hubungi stokis terdekat dan kebetulannya membuka booth jualan di KB Mall. So sempatlah saya jenguk ke booth jualan dan mendapatkan konsultasi dengan stokis Dermags. Terima kasih Dr. Nik Azida.
.
.
So far, setelah menggunakan cleanser ini, saya dapati kesan sunburn di wajah hasil berjemur panas ketika melakukan aktiviti outdoor telah berkurangan sekaligus menjadikan tona warna di wajah nampak sekata. Hehe. Suka2!
.
Kebiasaannya, saya ada kesan 'burn' yang ketara di sekitar pipi tetapi kali ini kesan 'burn' itu sudah tidak kelihatan. Oleh kerana namanya Intensive Brightening Cleanser, saya berharap tidak lama lagi kulit wajah saya akan bersalin kulit menjadi putih. Hahaha!
.
.
BB Cushion dengan SPF 50+ juga sangat best bila saya pakai. Spannya pun berkualiti tinggi, apabila nak dap-dap bedak pada wajah, memang sangat-sangat lembut dan selesa.
.
BB Cushion ni menggunakan span untuk sapuan khas berwarna biru yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi “rubycell”. Jadi ia “antimicrobial” dan “antibacterial”. Ia juga menjadikan serapan cairan BB dapat dipindahkan ke permukaan kulit muka 100% sewaktu bedak di oleskan di muka. Memang ini first time saya guna span yang berkualiti tinggi begitu. Sapuan bedak menjadi rata dan menyebabkan saya tak sabar untuk pakai berkali-kali. Serius! Saya jatuh hati dengan bedak dan spannya sekali.
.
.
Sebagai permulaan, gabungan 2 produk ini sangat best! Saya tidak sabar untuk menggunakan produk seterusnya untuk mendapatkan hasil yang lebih mengujakan.
.
Moga-moga misi nak jadi anggun seperti Fajura berjaya dicapai demi meraih cinta abam Patah.
.
.
Alhamdulillah juga, dalam masa 2 minggu ini juga kulit wajah saya tidak menunjukkan reaksi yang negatif. Mungkin juga kerana setelah masalah jerawat dulu, saya memilih produk yang betul-betul selamat dan natural untuk digunakan sehinggalah sekarang.
.
Jadi pesan saya pada kawan-kawan, pastikan kita menggunakan produk yang natural dan selamat. Rajin-rajin kan diri membaca label di bahagian belakang produk dan selalulah menyemak kandungan bahan yang digunakan.
.
Jadilah pengguna yang bijak!
.
.
Yang Sedang Belajar,
Sufiana

Comments